Showing posts with label NUKILAN POWER DARI 'princess yuyun'. Show all posts
Showing posts with label NUKILAN POWER DARI 'princess yuyun'. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

Asal Usul Pemuzik Malaysia Dan Indonesia (just for fun)

Sejarah asal pemuzik Msia & Indonesia

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji/Abang-abang Haji.....KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.....TITIK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND

14) Kumpulan yang yang selalu rindu kat sesape tah...KANGEN BAND

15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL

16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED

17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)

18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI

19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT (Ke-too-phat)

20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA

25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C

26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW

27) Kumpulan haiwan ezotik...SPIDER

28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE

29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK

30) Kumpulan yang buat show kat everest .....IKLIM

31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE

32) Kumpulan yang suke mengaler..UNGU

33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA

34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ

37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.....SWEET SEPTEMBER

38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE

39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC

41) Kumpulan yg ada sayap.....WINGS

42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF

43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH

44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG

45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)

46) Kumpulan yg suka dera kucing.....ALLEYCATS

47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E

48) Kumpulan yg suka tanam bunga ros hitam.....BLACKROSE

49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA (Mega Sales)

50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY

...GaMbAr pELiK...

aq tgk pompuan nie da mcm pokok krismas la plak..agk2 nye r kan,ank2 pompuan nie nk mngaku x bahawa nie adlh mak mereka..(jijik lak kalo nengok lame2..)





kalo owg dulu anti jepun..smpai dowang wat slipar jepun tu jd slipar jmban kerana t'lalu bnci kpada jepun..skarang ade sgelintir mnusia yg x suke mkn ikan wat slipar ikan lak wat pg jln2..(trend la kate kan..mybe kat malaysia nie x der lg kot)





siapakah manusia t'sebut..nauzubillah kalo btol2 ade manusia cmnie..
(
ish,ish,ish,ish)




agak nye la kan..kalo ade slh sowang famly kowang b'mate cmnie msti agak susah nk wat jahat en..coz diowang nmpak je pe yg kowang wat..N mate dowg x putus2 tenong gerak-geri kowang..(eee..seram dowh)


WANITA

HEART

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.


11

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

cInTa sEpErTi mAtAhArI,iA tEtAp bErCaHaYa..



  • wAlAu mAlAm mEnJeLmA,cAhAyAnYa pAdA bUlAn tEtAp aKaN mEnErAnGi kEkAdAnG iA jUgA gErHaNa tEtApI aKaN kEmBaLi jUa kEcErAhAnYa..
  • cInTa tIdAk mEnGeNaL uSiA,pArAs rUpA mAhUpUn kEkAyAaN..
  • cInTa yAnG sEjAtI iAlAh dArI kEiKhLaSan dArI hAtI sEtIaP iNsAn aNtArA sAtU sAmA lAiN..
  • tIdAk sEmUa oRaNg yAnG eNgKaU cInTaI mEnCiNtAiMu dAn sIkAp rAmAhMu kAdAnG kAlA d bAlAs dEnGaN sIkAp yAnG tIdAk sOpAn..
  • jIkA cInTa sUcI tIdAk dAtAnG dArIpAdA tAbIaTnYa,mAkA tIdAk aDa gUnAnNyA cInTa d bUaT2..
  • sAyAnG tIdAk bErMaKsUd cInTa,sUkA tIdAk sErAsI dEnGaN cInTa,kAgUm tIdAk bErErTi cInTa,bAnGgA tIdAK sEmEsTinYa cInTa,cInTa aDaLaH cInTa,hAhAhAhA..
  • cInTA iTu sEpErTi sInAr mAtAhArI,mEmBeRi tAnPa mEnGhArAp kEmBaLi..
  • cInTa iTu sEpErTi sInAr mAtAhArI,tIdAk mEmIlIh sIaPa yAnG iA sInArI,cInTa iTu sEpErTi sInAr mAtAhArI yAnG mEmBeRi kEhAnGaTaN d hAtI..
  • cInTa iTu uMpAmA'tReAsUrE hUnT'..cItA2 dAn aRaH tUjUaN kItA sAtU uNtUk mEnUjU kE pEnAmAt yAnG pAlInG mEnGgEmBiRaKaN..
  • nAmUn d dAlAm pErJaLaNaN kItA aKaN mEnEmPuH pElBaGaI rInTaNgAn dAn cAbArAn..
  • aNdAiNyA tIdAk mAmPu kItA aKaN tErSuNgKuR DaN hAdIaH uTaMaNyA aKaN d kEbAs oRaNg lAiN..
  • tEtApI xUsAhLaH kEcEwA.. ..wAlAuPuN hAdIaHnYa tIdAk kItA pErOlEhI,tEtApI kEsErOnOkAnNyA sUdAh kItA rAsA..
  • jAdI bErCiNtAlAh sEpEnUh hAtI,tEtApI jAnGaN mElEtAkKaN hArApAn tErLaLu tInGgI..
  • kEkECeWaAn tErLaLu pAhIt uNtUk d tElAn,tErLaLu pAyAh uNtUk d lUpAkAn nAmUn dAlAm cInTa pAsTi aKaN mErAsAkAn kEcEwA dAn d kEcEwAkAn wAlAu iTu bUkAn mAtLaMaT dAlAm pErCiNtAaN..
  • kAdAnG kAlA oRaNg yAnG pAlInG mEnCiNtAiMu aDaLaH oRaNg yAnG tIdAk pErNaH mEnYaTaKaN cInTa pAdAmU kErAnA oRaNg iTu tAkUt kAu bErPaLiNg dAn mEnJaUhInYa..
  • dAn bIlA sUaTu mAsA dIa hIlAnG dArI pAnDaNgAnMu..
  • kAu aKaN mEnYeDaRi dIa aDaLaH cInTa yAnG xPeRnAh kAu sEdArI..